"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Sunday, September 21, 2008

BERTENANG DI MINIT2 AKHIR BERBUKA

Salam,
Kita semua tahu doa org berpuasa amat tinggi nilainya. Banyak hadis yg mengatakan bahawa doa mereka berpuasa disaat berbuka atau hampir berbuka adalah diterima.

Ok, itu prinsipnya.Tapi mari kita lihat apa yg berlaku di rumah kita, diminit minit terakhir sebelum berbuka puasa.

Saya menjangkakan majoriti dari kita, agak kelam kabut dimasa itu. Anak anak menolong mengemas makanan, Ibunya masih lagi didapur. Mungkin orang gaji juga sibuk bekerja. Si Ayah, mmmm, entah tak tahu buat apa. Kalau mahu ikut macam saya, kadang kadang dimasa itu saya membasuh pinggan mangkuk yg berterabur disink, sebab kami tiada orang gaji. Dimasa itu juga tv mungkin bersuara kuat, samada dengan cartoon atau dgn program puasa.

Tapi berapa ramai dari kita yg sebenarnya memperuntuk 3-4 minit sebelum berbuka, untuk duduk bertenang, mungkin mengeliling makanan sementara menunggu azan.

Dikala itu, kenapa tidak kita tutup sebentar tv tersebut, atau perlahankan suaranya. Dari channel cartoon, ditukar kechannel yg akan mengumandangkan azan.3-4 minit, ketenangan ini, kita gunakan untuk bertafakur dan berdoa. Doalah apa yang perlu.

Galakkan anak anak duduk bersama dan berdoa masing masing. Boleh juga berdoa ramai ramai tapi biarlah dengan bahasa yang difahami.Kenapa ketenangan ini perlu dibuat. Kerana bukankah agak janggal untuk kita memohon doa dengan keadaan kita kelam kabut. Ketenangan itu akan membawa kekusyukan. Dan doa yang baik ialah doa yg dibuat secara sepenuh hati.Kalau anda belum mencuba untuk mewujudkan suasana tenang 3-4minit sebelum berbuka, kenapa tidak cuba untuk tahun ini.

Masih ada 10 hari untuk mencubanya. "Perintahkan" isteri anda untuk berhenti memasak 5 minit lebih awal dan duduk dimeja makan bersama sama anda. Tapi memastikan perintah itu berjalan, jangan anda pula yg sibuk membaca suratkabar atau melihat tv pada masa itu, kerana isteri anda perlu ditolong. Mungkin juga, 'kerahkan' suami anda untuk bangun menolong.

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=148&Itemid=72

0 comments:

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL