"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Sunday, September 28, 2008

KUBUR SUKU - SUKU

alhamdulillah dengan kurnia dan limpah rahmat-Nya kita masih lagi dapat hidup di muka bumi Allah ini. dengan izin dari - Nya kita masih lagi mampu bernafas, melihat dan berjalan mencari arah tujuan kehidupan ini. ada yang sudah menemui dan masih ramai yang masih tercari - cari apa yang mereka mahukan. ada yang berada di jalan yang DIA redhai dan ada yang sedang sesat dengan berbagai dugaan daripada - Nya. Dugaan itu itu tak semestinya kesusahan tetapi kesenangan, kemewahan dan kekayaan juga adalah salah satu dugaan daripada - Nya. dugaan seperti ini adalah utk menguji kepada kita adakah kita bersyukur di atas pemberian nikmat dari - Nya atau tidak.

seperti yang kita tau bumi ini milik Allah swt. maka secara automatiknya kita wajib mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan - Nya. bak kata ustaz azhar, kalau tak nak ikut ajaran dan agama Islam maka bersiap sedialah untuk packing barang pergi cari bumi lain. bumi yang buleh buat ikut suka hati.

kadang - kadang benda yang senang pun susah kita nak buat. contohnya pakai tudung, melabuhkan tudung, sembahyang, puasa dan lain2. jadi mari kita lihat dulu rukun islam kita :
Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

dan juga rukun Iman,

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

bukankah rukun islam ke 2 itu sembahyang, tetapi adakah kita bersembahyang? agama sahaja islam tetapi ramai lagi yang masih tidak sembahyang dan sengaja meninggalkan perkara wajib ni. rukun iman ke 5 adalah beriman kepada hari kiamat makna nya kita mesti percaya kepada hari kiamat iaitu hari pembalasan bagi mereka yang membuat kebaikan dan kejahatan. jika kita tidak melakukan rukun islam dan percaya kepada rukun imam ni, apa makna kita memberitahu yang kita ni islam? jadi patut la kita check semula keislaman kita tu. saya rasa agak terkilan baru2 ni tgk majalah 3, wartawan yang membuat liputan tentang masyarakat islam algeria tu langsung tak pakai tudung, tetapi wanita algeria tu bertudung litup. tidak kah wartawan tu rasa malu membawa keislaman dia ke negara orang seperti itu?

kalau kita tanya sesiapa yang bertudung tu mungkin dia jawab "KUBUR SUKU - SUKU", "AKU TAK MENYUSAHKAN SESAPA PUN". bak kata ustaz azhar lagi memang la kubur suku suku tetapi adakah bila kamu mati kamu sendiri yang pergi gali kubur dan masuk sendiri? semua nya akan melibatkan orang lain juga. kesimpulan nya sedar lah siapa diri anda sebelum anda berbuat sesuka hati di atas muka bumi Allah ini. DIA mampu utk melakukan segala2nya ke atas diri anda dan menarik balik segala nikmat yang di beri kepada anda. wallahualam..

0 comments:

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL