"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Tuesday, September 23, 2008

NASI PUNCA PENYAKIT????

Selepas makan nasi tenaga semakin berkurangan ?
Selepas makan nasi sendi-sendi semakin ketat ?
Selepas makan nasi otak semakin lembap ?
Selepas makan nasi menjadi lebih mengantuk ?
Kini nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia merupakan salah satu punca kepada berbagai jenis penyakit moden.

Bagaimana ia terjadi ?

Kandungan utama beras ialah karbohidrat dan juga zat-zat yang lain.
Tetapi kini beras telah menjadi makanan (dalam bentuk nasi) yang mempunyai kandungan karbohidrat, air dan protein yang tidak seimbang sehingga mencetuskan berbagai jenis penyakit moden.
Nasi pada zaman ini sudah semakin kurang kadar kanjinya.

Faktor-faktor penyebab

-Tanaman padi dua kali setahun menukar sifat asal padi yang sepatutnya lebih baik ditanam sekali setahun - cukup zat dan sifatnya sebagai 'fitrah'nya.

-Terlalu banyak baja kimia yang boleh menjejaskan tindakbalas kimia dalam tubuh.

-Berlebihan kandungan air yang mempunyai kadar klorin yang tinggi apabila dimasak.

Kesannya ?

Tindak balas kimia di dalam tubuh bercelaru dan tidak dapat menyumbangkan keperluan tenaga malah menimbulkan berbagai karenah penyakit.

Bagaimana mengatasinya ?

Pilih jenis beras yang sesuai dengan kaedah AK. *

Tentukan kaedah memasak nasi terbaik - dengan menggunakan air beralkali.

Diet atau berhenti memakan nasi untuk satu tempoh contohnya 2 minggu setiap 3 bulan.

Zakat fitrah ?

Zakat fitrah sebenar ialah tuntutan untuk kesihatan - pembersih diri sesuai dengan fitrah pemakanan yang diambil secara ruji.
Di rantau ini beras adalah makanan asasi.
Maka sebenarnya beras atau padi perlulah mengikut kepada 'fitrah'nya atau 'karakter'nya yang asal barulah seimbang dengan zakat fitrah setiap mereka yang dituntut melakukannya.
Hasilnya tubuh semakin subur/sihat untuk tahun-tahun berikutnya untuk diri dan keluarga.

Waktu terbaik untuk berzakat fitrah ialah waktu sebelum sembahyang/solat Aidilfitri. AlasannyaL Di pagi Aidilfitri, tuntutan berpuasa tidak lagi berlaku tetapi wajib diraikan dengan kemenangan salah satunya secara pengambilan makanan. Maka itulah simbolik suatu keseimbangan tenaga dalam 'fitrah' atau aturan alam yang berlaku apabila zakat fitrah ditunaikan pada waktu tersebut.

Imbangkan pemakanan melalui nasi untuk membantu merawat penyakit di samping mengawal berat badan.

(Dipetik daripada nota kursus lanjutan CVT).

* Kaedah diagnosis yang digunakan dalam perawatan CVT untuk menguji kesesuaian sesuatu tenaga dengan sistem tubuh

0 comments:

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL