"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Friday, January 2, 2009

SUAMI PENUH CIRI2 KASIH SAYANG

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya
dengan isteri :

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan
kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya
terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin
mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan
mencari perlindungan itu datang dari wanita, namun selalula ia
merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharap-
kan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan
perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah
lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap
isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin
dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan
bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini
biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan
perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana
dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara
memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun
ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanyakan
pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Ini bukan
bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia inginkan
keyakinan untuk dirinya. Suami usah jemu dengan ungkapan
itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan
isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk
kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta
mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain
patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya
dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah.
Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat.
Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak untuk
mengkasari dan mengkritik isteri sewenang-wenangnya kerana
banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu
:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada
perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan
untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan
perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak
begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan
sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting.
Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga
berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai
yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak
bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita.
Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri
dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.


6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk
selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan
perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang
baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya.
Selalu bersama boleh meningkatkan kasihsayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa
aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha
menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat
mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika
dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat
perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima
suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama
dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-
masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat
yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang
bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi
isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai
dengan kemampuan dirinya.

4 comments:

raihan hassan said...

hahaha ini kena suruh en rusdi baca nih!

mommy otai said...

boleyyy...

azza_irah said...

perkongsian yg bijak yang...utk akak, utk farah dan utk sume pasangan berkahwin..ehekss...tkaseh..

mommy otai said...

sama2 kita hayati dan renungi..

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL