"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Friday, October 31, 2008

PIZZA MAGEE DAN MACARONI GORENG

PIZZA MAGEE

Bahan2:

1 bungkus magee
rempah magee
2biji tlur
bwg besar
sayur(salad,carrot atau apa saja)
boleh juga jika ditambah ayam,daging,hotdog atau apa yg anda suka

cara2:

-rendam magee dgn air pns
-toskan
-masukkan telur,rempah,sayur dan bwg
-kacau sebati
-masuukan magee td dan goreng



MACARONI GORENG VERSI CHACHA

awal sungguh anak aku bangun tido hari ini...pepagib dh mtk tlur rebus peberetnye..
aku pujuk2 nk msk lain,tanya apa lagi yg dia nk makan..sebab dah msuk 3hari kitorg asik mkn nasi lemak je..dh rasa muak pulak...
dh di pikir2 cha mtk macaroni..so aku msuk dapur wt la macaroni goreng2 yg simple...
ape yg ada aku letak saja..juz guna daging burger ramlee,sos prego...simple gile...senang dan tak pedas..sesuai utk budak..hehee...
mommy makan lauk semalam...ayam msk tiram tu laa.ada lagi lebihnya...
dan pizza magee tu kwn aku 'eriy' yg ajarkan..before ni aku dh pernah buat..tp dh igt2 lupa lakk..
so kebetulan eriy buat semalam n ada bagi pics kat aku..leh aku letak kat blog aku ni..kot2 ada sesapa nk try buatkan..sbb senang sgt2..tk ssh pon..cam goreng tlur dadar jerk...
kalo boleh biar tlur tu lebih skit n magee tu terendam..sebab kalo tak nnt magee tu melekat di kuali..kalo nk bakar pon boleh..kurang skit penggunaan minyak tu..


The Reason : Why We Cant Eat This Asam Boi






Coca cola + Mentos = ???

A little boy died in Brazil after eating MENTOSand drinking Coca-Cola / PEPSI together. One year before the same accident happened with another boy in Brazil . Please check the experiment that has been done by mixing Coca-Cola (or Coca-Cola Light) with MENTOS .
So be careful with your self eating MENTOS (POLO's) and drinking COCA-COLA or PEPSI together.
CHECK THIS OUT...








PLZ PASS THIS INFORMATION TO AS MANY PEOPLE AS POSSIBLE SPECIALLY TO THE CHILDREN, BECAUSE IN OUR COUNTRY MENTOS AND COCA-COLABOTH ARE VERY POPULAR AMONGST THE CHILDREN.


Best Regards.,

INDRA RINALDY ISMAN

Bank Sinarmas
Plaza BII
Div. Admin Kredit
Telp. 021 31990101, ext. 30814
fax . 021 - 31903430
Smart 0881 2341 639
JL. M.H. Thamrin No.51 Tower 3, 8 floor
Email : indra.r.isman@ banksinarmas. com

Thursday, October 30, 2008

Komik?



Coke + Ajinomoto

Dear friends
I received news about the recent tactic used to spike girls' drinks. It is a cheap and widely used method. This method was used in Canny Ong murder. Rapist uses this method:
Coca-cola + ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.This mixture is poisonous if used too often on the victim.
Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.

Regards,
Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

SWEET MEMORY



teringat zaman2 aku main clarinet dan masuk bertanding lagu final coutdown di rtm johore..
ntah ke mana hilang video tu tuk diabadikan..rindu gilers...

Download Video Youtube Dengan Lebih Mudah

1. download mozilla kat sini

2. lepas siap download, install mozilla ke dalam pc atau laptop

3. download add-on utk mozilla kat sini. nama add-on ni Fast Video Download. jangan tersilap download pulak

4. lepas install add-on tu tutup pastu buka balik mozilla tadi

5. sekarang masa untuk menge"test" add-on tadi

6. buka youtube.com, pilih mana - mana video

7. lihat bahagian bucu bawah belah kanan mozilla ada ikon kecik macam bar (rujuk pada arrow dalam gambar kat bawah ni)


8. pastu klik pada bar kecik tu. nanti akan keluar pop-up kat mana nak save file video tu. (rujuk gambar kat bawah ni)


9. lepas habis download, sekiranya tak dapat play, mungkin anda perlukan FLV Player. boleh download kat sini atau sini dan install..

10. enjoy!

artikel oleh biskutliat (bukan copy paste nih)

The Moon Represents My Heart



lagu ni di tujukan khas utk mommy otai..



versi piano..

=

memula terjumpa lagu ni dalam tv. masa tu chinese new year. andy lau nyanyi ngan sape ntah. best la dengar tapi tak tau tajuk. 2 3 bulan lepas tu ada la terjumpa satu clip video english man main glass harp lagu ni. mula la terasa nak mencari apa sebenar tajuk lagu ni. bukan apa sebab nak download mp3 dia hehe. camna kalau kita nak cari lagu tu tapi kita tak tau tajuk? lebih2 lagi kalau bahasa mandarin, bukan bahasa ibunda kita.

lepas dapat video clip english man harping glass tu saya pun cari la orang cina sebab nak tanya tajuk lagu tu. saya masuk chat room china, tanya la orang dalam tu. buleh mintak tolong tak? sorang cakap x leh, bz, tak tau last2 terjumpa la sorang amoi yang sanggup tolong. dia kata "laa.. lagu ni..." (setelah di translate ke dialek terengganu). "kawe tau la lagu ni.." (translate dialek kelantan). tajuk dia Yue Liang Dai Biao Wo De Xin atau pun dalam english nya The Moon Represents My Heart.

lepas tu amoi tu selalu foward lagu mandarin. dia rekemen lagu tu, lagu ni, macam2 lagi lah. sampai ari ni masih lagi chat kat YM. penah sekali dia cakap nak jadi Muslim. saya memang la support dia. last2 dia tak jadi masuk. hampeh..

dapat je tajuk lagu saya pun terus cari mp3. satu ari tu saya dengar kat dalam kete depan kedai kusyen cina. tokei tu tanya, radio ke mp3? saya kata mp3 la tokei. dia kata lagu tu banyak famous. bekas awek jacky chan yang nyanyi. ooo.. baru la saya tau.. hehe.. tamat.. enjoy this song ok :))

Canon D Piano

MENU HARI INI

AYAM SOS TIRAM DAN CILI PADI
SAYUR AIR LABU AIR

IKAN KUKUS GORENG N BUDU+TEMPOYAK





ermmm....
best ke menu hari ini kwn2 sume..hehehee
ekceli mommy no idea today..so ape yg ada dalam peti tu..
mommy msk aje laa...lauk ayam sos tiram tu amik dalam resepi mesra.net..
mungkin leh kongsi dgn kawan2..sbb senang n simple bangat..
lauk peberet mommy lak,ikan kukus goreng dgn budu+tempoyak tu laa...
dpt je lauk tu pasti terangkat habes...
agaknye ni lauk org2 timur...bese la dulu sombong tk makan budu..
sekarang rasakan!!ahaks
lauk tumis air labu air tu khas utk cha..mommy letak skit suhun sbb cha suke sgt mkn kuah2 ni..
die tk leh nk makan pedas...memang kuat tul cha mkn hari ni..siap bertambah2..wahhh...
dah la pagi td die makan nasi lemak tanpa sambal tu dgn telur je,habes satu bungkus tu..
biar la die makan byk ek..biar berdebab sikit ank aku..kurus sgt skrg...
ni ade aku letak sekali resepi tuk ayam sos tiram dan cili padi tu...

AYAM SOS TIRAM & BERCILI

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) atau cili padi
3 sudu besar sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara:

Ayam di potong kecil-kecil.
Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.
Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak).
Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).
Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering.
Kacau dengan api yang perlahan.
Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) ,
serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.
Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Cadangan Hidangan:
Sedap di makan ketika masih panas.

Blogger


Pyzam Family Sticker Toy




Wednesday, October 29, 2008

Argh! (kurang siuman dan kerana terlalu tensen)

MY FAMILY

bosan2 dok godek2 blog..terjumpe la web ni..family sticker..comey n cantek..hehe



Pyzam Family Sticker Toy

Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.




Kita Cari Apa Dalam Hidup Kita?



sebenarnya kita cari apa dalam hidup kita? bermula dari kecik kita di jaga oleh mak dan ayah dibesarkan dengan secukup rasa kemudian di hantar ke tadika (kalau yang masuk tadika la), masuk ke sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, masuk university, masuk ke alam kerja, lepas tu mungkin berkahwin dan mempunyai family sendiri. mak dan ayah tadi mungkin dah meninggalkan kita. kita kemudian semakin hari semakin tua dan kemudian kita pula yang akan meninggalkan dunia yang mempunyai berbagai kisah ini.



begitulah lebih kurang kitaran kehidupan manusia. tetapi apa yang lebih membuatkan hidup kita ini lebih bermakna? adakah kita akan membiarkan ia "terkitar" secara semulajadi? atau membiarkan hidup kita yang "sekali" ni pergi begitu sahaja?



ada sesetengah orang sudah merancang supaya hidupnya lebih bermakna. terpulang lah kepada niat masing - masing. ada yang mencari kekayaan semata - mata. kata nya jika aku kaya, aku dapat membeli seluruh isi dunia ini. ada yang hanya mahu hidup sederhana, asalkan cukup makan anak isteri, asalkan anak tak merempat, ada juga yang ditinggalkan buat anak isteri. ada juga yang mengejar glamor. bagi dia mahu dikenali serata dunia, nanti bila dah mati orang akan mengenang sampai bila - bila. tak kisah la dengan cara apa sekali pun, kadang - kadang membelakangkan agama dan adat melayu. ada juga yang mencari kebahagiaan di akhirat. dunia ini sementara sahaja, meneruskan hidup dengan berpegang kepada agama Islam dan adat melayu terus mencari keredhaan Allah s.w.t.



jadi di mana kita sebenarnya? di dalam golongan manakah kita? sebenarnya apa tujuan hidup kita? meneruskan kitaran hidup ini secara semulajadi atau menambahkan sedikit "bonus" supaya hidup ini lebih bermakna?

Tuesday, October 28, 2008

"ANAK"-ISU SENSITIF-HORMATI PERASAAN ORG LAIN
















ASSALAMUALAIKUM WBT....

sempat lagi malam ni momy update blog ni...bese la tengah rajin ni kan....
asik tgk blog je...
malam ni tkde la resepi...sbb g wt kfc kat kedai dungun td..heheekk...
nk ckp psl ape ye mlm ni...tgh bosan2 ni..hubby aku tkdok..kua g tgk org lumbe kete katenye...
aku nk ikut die tk bagi..apa daaa....;-(....

petang tadi aku ym dgn kwn aku..ade la kwn2 lame laa....
nk di ceritakan..die dh lame la kawen..tp tk dikurniakan lagi ank...even dah macam2 kwn aku ni usaha..mengurut la ape laa...tp belum ada lagi rezekinya..

yang sedihnye..mulut2 org yg tk boleh tgk org senang...
suka menyakitkan hati orang lain..
ade je nk di cakap...org tk dpt ank pon ada kena mengena ke dgn korang..
bukan kah tiap dugaan tu daripada Allah SWT...
sesungguhnya org yg menerima dugaan dari Allah SWT..adalah insan yg disayangiNya...
bersabar sahaja la..

kenapa yekk..manusia tk pernah puas dgn ape yg dia ada..aku pon tk boleh nk jawab tu..sbb kekadang aku sndrik pon tk puas dgn ape yg aku ada...astaghfirullahh....
yg sedih lagi..kwn aku cerita..sedara mara terdekat pon selalu dok perli2 die..mentang2 die tk dpt2 lagi ank..senang2 je ckp org mandul la ape laa...
mengucap pnjg aku...tak ada perasaan kah org itu??seolah-olah menghina...

Bersikap kasar dalam pergaulan dan kesat kata-kata adalah sangat dilarang. Perkataan yang kesat dan sikap yang keras hanyalah digunakan dalam medan perang ketika menghadapi musuh.Firman Allah S.W.T.: Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu, dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolongan)". (Surah al-Taubah 123)



kena ke dengan firman yg aku post ni ekk...
cam lain je...tp takpe laa...

dan sesungguhnya Allah bersama org2 yg memerlukan pertolongan...
agaknya bila musibah ni terkena pada kita..barulah kita tau ape rasanya...
betapa sakitnya hati..tertekannya perasaan...
wahh dah melalut kot aku kali ni...
tapi bila aku igt kisah kwn aku cite td..aku sndrik rasa marah n sedih....
tkpe laa..buat kwn aku tu..tabahkan hati..kuatkan semangat..
teruskan berdoa dan solat hajat..moga ada rezeki di hari depan..atau mungkin ada hikmahNya..

aku doakan kwn2 aku bahgia dgn hidup masing2...tiada rasa dendam dan irihati pada sesama kita...jauhkanlah perasaan itu dari lubuk hati aku..

ameennn...ya rabbal alamin...

The "ADD TO LIST"

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

=

salin dan tampal semula secara berhati - hati oleh biskutliat dari dalam inbox gmail.com

AYAM REMPAH BERIYANI JOHOR

BERAS BASMATHI
NASI BERIYANI YG DA SIAP DI MASAK

AYAM BERIYANI




HARI INI AKU BELAJAR CARA2 MEMBUAT NASI AYAM REMPAH BERIYANI JOHOR...
KAWAN AKU DARI JOHOR DAH SPONSOR KAN PICS YG DI SNAP MASA DIE WT NASI BERIYANI NIH..NI RESEPI DARI MAK DIE....EVEN DIE KAT JEPUN...RESEPI MAK TIDAK DI LUPAKAN..HEHE....
NNT AKU PUN NAK CUBA JGK LAA WT NASI BERIYANI NI...
UTK KALI NI,AKU PINJAM DULU PICS KO EKK SYA..HEHHEEE..TQ TQ....

AYAM REMPAH BERIYANI JOHORE


AYAM BERIYANI
BAHAN-BAHAN:
REMPAH BERIYANI
BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH
HALIA
AYAM
3SERANGKAI(KULIT KAYU MANIS,BUNGA LAWANG DAN BUAH PELAGA
CARROT
3BIJI KENTANG
5TANGKAI CILI HIJAU
2BIJI BUAH TOMATO
1 TIN SUSU CAIR
SEDIKIT AIR LEMON

CARA-CARA:

-BAWANG MERAH N PUTIH,HALIA DI BLEND BERSAMA 2SUDU REMPAH BERIYANI
-BAHAGIKAN KEPADA 2BAHAGIAN
-TUMIS BAHAN BLEND TADI GUNA MYK/BUTTER SAMPAI GARING
-BERSAMA 3 BERADIK
-MASUKKAN AIR SEDIKIT
-MASUKKAN AYAM
-MASUKKAN KENTANG,CARROT..MASAK HINGGA EMPUK
-MSUKKAN SUSU CAIR SETENGAH TIN
-DIDIHKAN HINGGA MASAK
-LEPAS MENDIDIH TU PERAHKAN SEDIKIT AIR LEMON
-TUTUP API N MASUKKAN CILI HIJAU N BUAH TOMATO



NASI BERIYANI
BAHAN-BAHAN:
BERAS BASMATHI
BUTTER UNTUK MENUMIS
3SERANGKAI
SETENGAH TIN SUSU CAIR
AIR
KISMIS N BUAH GAJUS
CARA-CARA:

-TUMIS BAHAN BLEND DALAM PERIUK NASI
- MSUKKAN SEKALI 3SERANGKAI
-DAH GARING MSUKKAN AIR
-STGH TIN SUSU CAIR
-MASUKKAN BERAS (BIASA STGH TIN TUK 2POT NASI)
-DIDIHKAN DULU SEKEJAP NASI
-ANGKAT KE PERIUK NASI ELEKTRIK
-BILA AIR DAH KERING,MASUKKAN KISMIS DAN GAJUS

BIASA NASI NI BOLEH DI MAKAN BERSAMA ACAR ..TERPULANG PADA ANDA...
SIAPP....




















Monday, October 27, 2008

GATHERING RAYA




















lama tul tk meng 'update blog aku..'

alaa baru je 2hr ekk..hehe...orang sume bz balik kg n cuti2 mesia..deepavali katekan..

aku stay kat paka..sbb daddy bz yg amat..kilang die trip..so plan nk balik kampung terpaksa ditangguhkan..tak tau la smpai bile..10hari direct daddy kene keje..
so,kitorg pon layan je la tgk tv n mkn..tgk tv n mkn..

2hari lepas,kawan aku sekolah2 dulu...nama die ERIY..ada datang beraya di rumah..+- kire2 dah 10 thun tak jumpe si eriy nih..
on the way die nk balik ke kelate katenye...so kul 11 pagi tu die smpai laa...
sume dah advance kawan2 aku sume..anak dah 2org...hari die dtg rumah tu..2nd baby die baru je 48day...suke la aku n cha dok telek baby harraz tu..tp sempat la amik gmbo tuk di simpan tuk kenangan..dalam sejam jgk diorg lepak rmh aku..aku angkat kue2 kering je..ahaks..sori la eriy..next time mu mari..aku masak nasi plop deh..hehe...
tp husband die frenly la..cam dh bese je jumpe..so,takdok la problem nk berstory n bergossip..ngehngehh..habes borak2 n kenal2 die pon beransur balik ke kelate..jauh lagi tu perjalanan..hope to c u next time ya...
keesokannya...sorang lagi minah nk datang beraya rmh aku..kul 11 am die call gitau nk datang rmh..aku baru bangun tdo..warghhwarghhh...
cepat2 bangun da..kemas rumah..kalo org nk datang mesti tetibe rasa rumah bersepah giler..apesal ekk..pelik tak?kalo tak tau orang nk datang.cam relek je plak..habes satu rumah aku sapu..tapi rasa tak la kemas sgt kot..ahaks..call daddy balik jap..kua beli barang wat mee goreng..sebab dah tau awl2 leh la plan nk msak2..
ekceli ingat nk masak sambal sotong dgn sayur goreng ke wuteva...tp diorang agak2 sampai petang coz husband si puan lily ni nak g ke kuantan dulu beli barang comp die...so aku plan wat je mee goreng...g cari sotong,udang,ayam,mee bagai la tuk mee nih..wahh...excited lak...ye la sebab dah byk kali diorg janji nk datang..ni baru real diorang leh datang rmh aku kat paka nih...

lebeh kurang kul 4.15 kot diorang sampai..tapi aku lak silap bagi direction kat diorg..adoiiyaiii..sian diorg dgn lapar ape,jalan lak tersilap..puas diorg pusing cari rumah aku...sori yaa korang sume..hahahaaa....warm up sikit..hahaha...
sampai tu terus suruh diorang hentam mee aku..ntah la sedap ke tak..ngehngehh...

sambung borak2 n cite2..tgk gelagat chacha n danish cam dah lame je kenal..berbesan pon orait jgk nih..hikkhikk...lebih kurang kul 6.30pm diorang pon bransur la balik ke muadzam...jauh jgk tu perjalanan diorg tu..

tp aku heppy kwn2 dtg raya ke rumah..sume tu dari jauh2 lak tu..hehe...alhamdulillah...








Sunday, October 26, 2008

ISU MELAMINE!!

Senarai Produk Yang Tidak Terlibat Dengan Pencemaran Melamine - Kemaskini Sehingga 24.10.2008

Produk Makanan Yang Dianalisa Dan Didapati Mematuhi Tahap Melamine yang Ditetapkan- Kemaskini Sehingga 24.10.2008

Produk Makanan Yang Dianalisa dan DIDAPATI TIDAK MEMATUHI Tahap Melamine yang Ditetapkan- Kemaskini Sehingga 23.10.2008


Q & A Berkenaan Melamine - Kemaskini Sehingga 13.10.2008

=

get adobe reader here or here to open pdf files

copy + paste + edit by biskuliat from moh.gov.my

Isu Melamin - Langkah Berjaga-Jaga

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati semua pakar perubatan dan pegawai perubatan sentiasa memantau sekiranya gejala masalah buah pinggang di kalangan bayi akibat keracunan melamin mungkin berlaku seperti:

* Bayi menangis tanpa sebab terutamanya ketika kencing
* Muntah-muntah
* Kencing berdarah (dapat dilihat dengan mata kasar atau melalui mikroskop)
* Kencing sedikit atau tidak kencing langsung
* Keluar batu karang semasa kencing
* Tekanan darah tinggi, sembab dan kesakitan bila terlanggar di bahagian ginjal
* Tanda-tanda hasil dari komplikasi masalah ginjal seperti demam yang tidak diketahui puncanya hasil dari jangkitan kuman/bakterimia atau disebabkan oleh stasis (WHO)

Keadaan seperti di atas jarang berlaku di kalangan kanak-kanak. Sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan mereka, Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, perlulah melaporkan kepada ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar segera.

Melapor Kes
Kes definisi untuk tujuan pelaporan adalah
'An infant with kidney stones or other kidney problems (e.g. anuria, renal failure) having consumed powdered infant formula produced in China before 6 August 2008, and where other potential causes of kidney stones have been excluded by differentials diagnosis'- INFOSAN Emergency Alert Update No.2

Semua kes-kes yang mempunyai/disyaki gejala ini perlu dirujuk kepada pakar pediatrik di hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Semua kes yang mempunyai/disyaki gejala ini perlu dilaporkan kepada:

Bilik Gerakan Kebangsaan CPRC
Bahagian Kawalan Penyakit
Jabatan Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras3, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, Putrajaya
Tel:03-88810200/300, 013-6699700
Fax: 03-88810400
Email: cprc@moh.gov.my
Questions and Answers on melamine (WHO)

=

copy and paste correctly from MOH.GOV.MY by biskutliat

Thursday, October 23, 2008

RESEPI SUP DARIPADA IBU

time nk soping sebok la die nk naik nih!!!
tadaaaaaaaa.....sup ibu ku
hye kawan2 pembaca blog ku...kepada yg sudi baca laa....
hari ni pepagi lagi kitorg pegi ke dungun..beli skit2 barang rmh..3hari lagi nk balik kg..
awal2 biar la setel sume brg dalam rmh nih...
pic chacha tu kat depan pasaraya aneka..tmpat ni la bese aku beli barang rumah..
sebab dok la bolot sgt..hehehhh....
tu pic cha yg sempat di candid..tp tak macam di candid..cam di pose pose...
balik dari dungun singgah pasar paka...beli ayam dan ikan..
hari ni tkde la idea nak masak yang over2...cukuplah sup ayam(resepi dari ibu),ikan selar kuning goreng,sambal belacan,ulam timun dan ulam petai(khas tuk hubby)...
ada org nak tau cara wat sup?nih khas tuk kawan aku..jaws....tengok ye jaws....
bahan:
beberapa ketul ayam
halia
bawang puteh
bawang merah
sup bunjut
carrot,saderi,ubi kentang
lada hitam
buah tomato (jika suka)
asam keping
3 serangkai(buah pelaga,kulit kayu manis,bunga cengkih)
sedikit minyak
cara:
-rebuskan ayam,halia,bawang puteh dan sup bunjut..
-dah agak2 setengah masak tu..masukkan ubi kentang...
-masukkan garam,kiub ayam (jika suka)serbuk perasa
-ketepikan sup tu wt sementara
-panaskan sedikit minyak
-goreng bawang merah yg di mayang,3serangkai
-dah agak2 kuning..curahkan myk dan bawang tadi ke dalam sup
-panaskan semula sup tadi...
-masukkan saderi,carrot dan sdikit lada hitam
-masukkan juga asam keping
itu aje la apa yang ma aku ajar..hehe...tp sori yek...lupa nk beli daun saderi dgn daun sup tadi...
so,tk la meriah color sup aku....sori yekkk...
utk jaws n lili...cuba lah sup resepi ma aku nih...nanti dah jadik gtau la ape rasa die k...
 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL