1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'
- Sahih Muslim
~ dah nampak dah... bersepah mana2 ada..zina hati, zina mata ramai yg tak sedar lagi.. Sendiri mau ingat..etc
3) Bermaharajalela alat muzik .
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi?wanita'
- Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah? CT kahwin..artis paling glamor saper???.. etc.
4) Menghias masjid & membanggakannya .
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'
- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...contohnye Masjid Kristal, cantik dan hebat..tp isi (jemaah) tak byk, leh bilang..yg lelaki tuh jgn lupa ada hadis mengatakan tak sah solat lelaki bersendirian di rumah, igt2...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'
- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... etc
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...kirala..yg ada pon dah meningkat usia daa..itu pun dicerca, diperlecehkan, ckp ckit org kata politik di masjid...eh, politik tu bukan sebahagian dari Islam ke??
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'
- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon, Tony Blair.... etc.
8 ) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...satu pejabat wat dek jek tak bagi salam pon, 'hai' la yg popular skali diguna...aper arrr...bye...etc
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
'Di antara tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang pakai tudung tp menampakkan buah dada dsb,fesyen tube,spaghetti strap, Seluar ketat,Baju ketat..(g-string etc.)... yg tak pakai lagila, insafla wahai 'muslimat' sblm terlambat, tp aku heran klo depa solat pakai tudung pulak??? nape, Allah tgk kamu masa kamu solat je ker?? ish2..
10) Bulan sabit kelihatan besar
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...perhatikanlah ..
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...byk berunsur fitnah...ai, melodi pon fitnah gak tau..jgn main2..kita byk dilalaikan.aku pon tak tau mungkin isu halal haram psl makanan ni alah satu petunjukNya...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
- Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ..
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai
- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir... Mekah pun dah banjir pd tahun tak sampai pun 100 tahun dubai dah ade salji da
SAMPAIKANLAH PESANAN INI PADA SEMUA...SESUNGGUHNYA SIKSAAN ALLAH ITU AMAT BERAT...
Sunday, October 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment