Wednesday, October 29, 2008
Kita Cari Apa Dalam Hidup Kita?
sebenarnya kita cari apa dalam hidup kita? bermula dari kecik kita di jaga oleh mak dan ayah dibesarkan dengan secukup rasa kemudian di hantar ke tadika (kalau yang masuk tadika la), masuk ke sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, masuk university, masuk ke alam kerja, lepas tu mungkin berkahwin dan mempunyai family sendiri. mak dan ayah tadi mungkin dah meninggalkan kita. kita kemudian semakin hari semakin tua dan kemudian kita pula yang akan meninggalkan dunia yang mempunyai berbagai kisah ini.
begitulah lebih kurang kitaran kehidupan manusia. tetapi apa yang lebih membuatkan hidup kita ini lebih bermakna? adakah kita akan membiarkan ia "terkitar" secara semulajadi? atau membiarkan hidup kita yang "sekali" ni pergi begitu sahaja?
ada sesetengah orang sudah merancang supaya hidupnya lebih bermakna. terpulang lah kepada niat masing - masing. ada yang mencari kekayaan semata - mata. kata nya jika aku kaya, aku dapat membeli seluruh isi dunia ini. ada yang hanya mahu hidup sederhana, asalkan cukup makan anak isteri, asalkan anak tak merempat, ada juga yang ditinggalkan buat anak isteri. ada juga yang mengejar glamor. bagi dia mahu dikenali serata dunia, nanti bila dah mati orang akan mengenang sampai bila - bila. tak kisah la dengan cara apa sekali pun, kadang - kadang membelakangkan agama dan adat melayu. ada juga yang mencari kebahagiaan di akhirat. dunia ini sementara sahaja, meneruskan hidup dengan berpegang kepada agama Islam dan adat melayu terus mencari keredhaan Allah s.w.t.
jadi di mana kita sebenarnya? di dalam golongan manakah kita? sebenarnya apa tujuan hidup kita? meneruskan kitaran hidup ini secara semulajadi atau menambahkan sedikit "bonus" supaya hidup ini lebih bermakna?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment