"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Monday, October 20, 2008

AYAM SAMBAL KICAP

Bahan

500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap minyak garam [jika perlu]

Bahan Mesin

20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara

1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangidan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan.


RESEPI DI AMBIL DARIPADA HANIELIZA FOTOPAGES..BEST N SIMPLE
BOLEH JUGAK DI TUKAR DENGAN DAGING ATAU APE SAJA YG ANDA SUKA..

0 comments:

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL