"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Sunday, October 12, 2008

Konsep Islam, Imam dan Ihsan

Islam

1.mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepada – Nya serta beriman kepada ajaran – ajaran Allah swt yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
2.mengakui tentang keEsaan Allah swt
3.melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya
4.mengerjakan dengan sempurna semua rukun – rukun Islam yang difardhukan serta ajaran – ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w

Iman

1.membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran – ajaran Allah s.w.t yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
2.seorang yang beriman mesti melibatkan 3 unsur iaitu :
a)mengakui di dalam hati bahawa Islam adalah agama benar
b)menyatakan dengan lidahnya bahawa Islam adalah agama yang benar
c)mengamalkan ajaran – ajaran yang terkandung dalam syariat Islam
3.mesti memahami serta menghayati rukun – rukun Iman dengan penuh yakin meliputi kepercayaan tentang keEsaan Allah, kewujudan para malaikat, kitab – kitab Allah, para Rasul, hari akhirat serta Qada dan Qadar

Ihsan

1.melakukan ibadat dengan khusuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya
2.melakukan ibadat dengan ikhlas semata – mata kerana Allah
3.melakukan ibadat dengan teratur dan sempurna
4.merasa nikmat dengan keseronokan semasa melakukan ibadat
5.sentiasa mengingati Allah dan memuji – Nya dan menyedari Allah sentiasa mengawasi
6.Antara sifat – sifat org muslimin:
a)mendirikan solat pada waktu malam dan akhir malam
b)memberikan sebahagian harta kepada orang miskin bagi memenuhi keperluan mereka
c)jihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta
d)mengikut semua ajaran Rasullullah s.a.w
e)sentiasa memberi kemaafan
f)sabar

0 comments:

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL