Monday, October 20, 2008
Me is Me!
sindrom me is me dah lama menular ke dalam beberapa anggota badan manusia. seseorang yang terkena sindrom in akan mengeluarkan beberapa contoh ayat seperti me is me, aku tetap aku, aku tak nak hipokrit (hippopotamus). ada beberapa individu mengaitkan sindrom ini dengan masalah ego seseorang.
sebenarnya me is me memang patut ada dalam diri masing - masing. contohnya dalam bab merokok, kenapa tidak gunakan me is me tu dalam situasi ni. kenapa terikut2 dengan orang lain? tetapi apabila sampai kepada beberapa perkara lain mereka dengan lantangnya berkata me is me contohnya dalam berubah kepada perkara yang lebih baik.
contohnya dalam berpakaian, kalau kita minta dia supaya berubah. dia akan kata me is me. maksud kita bukanlah bertukar dari pakaian punk ke pakaian seorang alim ulamak. cukup sekadar sedap mata memandang. kalau dengan rambut berserabai pun tak sedap mata memandang juga. kita tak boleh nak halang apa orang fikir tentang kita kecuali kita cuma membuat PERSEMBAHAN yang terbaik supaya first impression tu akan menjurus ke arah yang positif. begitu juga dengan cara bercakap, kalau memula skali sudah tengking, meninggi suara ia juga akan membuatkan org pikir yang bukan - bukan terhadap kita. tetapi apabila kedengaran ayat me is me, aku dah banyak berubah, terimalah aku seadanya; kita pun merasa nak memberikan satu ayat kepada nya iaitu tooooooot...(censor).
pada pendapat saya berubah kepada perkara yang lebih baik adalah satu perkara yang dituntut. bukanlah masa utk menegaskan pendirian inilah diri kita yang sebenar. kesimpulannya yang baik kita ambil, yang kureng baik kita buangkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment