"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Wednesday, December 24, 2008

hukum rotan

Ditulis oleh Muhammad Fahmi
Tuesday, 24 June 2008

assalamualaikum ustaz

hukuman bagi orang yang berzina adalah pukul sebanyak 100 kali.Saya mahu tahu bagaimanakah cara pukul yang sebenar.sila jelaskan



------------------------------------------

w.salam

Ulamak2 menetapkan apabila memukul penzina yang dikenakan hudud 100 pukulan ialah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan atau kayu atau seumpamanya.

Rotan hendaklah tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan.

Haram memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah untuk mengelakkan kecacatan wajah dan kematian.

Pukulan hendaklah sederhana sahaja yakni tidak kuat dan tidak perlahan sangat kerana tujuan hudud ini bukan unutk membunuh cuma untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara2 sekarang ini adalah haram kerana memukul terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit dan daging.

Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian. Haram menelanjangkan pesalah sebagaimana hukuman rotan dalam pernjara sekarang ini.

Pesalah lelaki dalam kedaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk.

Pukulan hendaklah dikenakan atas beberapa tempat pada badan. Haram memukul pada tempat yang sama.

Rujukan Kitab Majmuk & Syarah Muwatthak

wallahua'lam

2 comments:

alia said...

salam perkenalan

Sheikh said...

sempat la jugak sampai bab hudud nie dulu... sangat menarik jika dapat mengetahui lebih lanjut dlm hal nie bah kan sangat di tuntut untuk mengetahui bab bab hudud, kisas , takzir

sheikh,

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL