"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Wednesday, December 17, 2008

KUTU PINTAR KE KUTU BODOH?

Ditulis oleh asri bin ahmad
Sunday, 03 August 2008

Aslmkm ustaz,

saya ada soalan yg agak kritikal kat sini,

1. Tadi kawan saya ajak masuk main kutu pintar kata dia. Bayar rm121 cari 3 org lagi mcm sistem MLM pastu boleh dapat duit sampai beratus boleh makan ribu jugaklah....lagi byk cari org lagi byk dapat......

2. Setahu sayalah ustaz kalu main kutu ni sebulan katalah bayar rm100 main 5 org, cukup 10 bulan terkumpul lah rm1000. tak delak kumpul rm1500. Yg baik main kutu ni nak ajar kita kumpul duit pastu kalau sesapa yg terdesak nak pakai duit tu boleh le dia dapat dulu duit tu...nak buat kawin ke atau byr hutang....

3. Masalahnya skang ni dah ada kata main KUTU PINTAR ni ada dalil hadis yg kata halal, emmm bagi saya ustaz selagi ustaz tak bagi jawapan saya ni saya tak nak komen apa2... takut le nak komen tiba2 ustaz kata boleh tak salah....boleh ramai2 JKK masuk hehe.....sebab rasa mcm ada riba ni yg tak sedap ni ustaz skang ni byk sgt yg halal kata haram yg haram kata halal.....tolong jwb secepat mungkin ustaz azhar.....hamba rasa dlm ruang ni entah2 dah ramai yg masuk jgk ni....atau kawan2 yg masuk....takut terpesong makan duit tak betul....wasalam.......

..........................

w.salam

Apa yang disebut sebagai kutu pintar itu ialah sistem pelaburan cepat kaya yang haram pada sisi syarak dimana orang yg berada di rantaian atas akan mendapat persen dari yuran orang yg beerada di bawah.

Apabila sistem ini di tutup maka orang yang berada di bawah akan mengalami kerugian. Ini adalah jelas diharamkan dalam Islam.

Kutu bodoh yg saudara maksudkan itu adalah harus dengan syarat ketika mengambil wang yang diberi mengkiut giliran itu hendaklah dengan aqad hutang atau pinjam.

wallahua'lam

3 comments:

Eida said...

hahaha.. macam2.. kutu pintar kutu bodoh.. tapi kalau kena tipu.. sapa pulak yang bodoh?

mommy otai said...

btul tuh

μάγά said...

wah...
x pernah dengar pun...
mcm2 citer...
isk2..

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL