"Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

guestbook

Sunday, November 16, 2008

Fwd: kaabah enggan bergerak

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk
menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan
bermalam
di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap.
Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya
teruskan
juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah.
Akhirnya
saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi.
Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu
malam itu
kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk
mengikuti
kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu
Tuan Guru
Haji Mohd Baqi Osman.
Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan
tentang
peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang
neraka.
Para

jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan
dengan
titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu
bersifat
fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut
kumpulan
yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan
memendek.
Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat
datang
membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya
bergerak
menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah
Allah, namun
ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.
Kaabah
menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi
oleh semua
manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah
ke
syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya
lagi
kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak
hadir.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke
dalam neraka
kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan
bahawa orang
berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah
berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak
akan
bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di
sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha
Pengampun
dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah
diampunkan
dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi
kaabah
menuju ke syurga....

1 comments:

Isyrak said...

Ya Allah ya Tuhanku, berilah kesempatan untukku dapat menunaikan haji di Makkah Mukarramah.. Ameeennn..

 
Share

Mommy Otai | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL